Skip to content
January 25, 2012 / Azrill a.k.a Puding

Welcome To The World

12.1.12 ….

Ketika aku sedang bz buat gambar client untuk burn dalam cd, buat minor editing yang aku cuma buat dalam batch secara automate ( bukan malas hokey, nak cepat keje je ), sambil rokok di bibir, walaupun aku tak isap, sebab rasanya isap rokok is not good for your health kan :D. Stress je rasanya that time, jam dah dekat jam 3 pagi, huhu.

*********************************************************************

Minggu tu, hari Isnin aku keje, walaupun my wife ( Ezrina ) dan my baby Mia demam. Ezrina sudah start demam since Jumaat. Baby Mia start demam hari Ahad .. damn … semua nak kena demam la at the same time huhu. Aku sebagai ketua keluarga, mesti la kena sihat, aku cuba untuk cool … ye .. memang cool, ari Isnin gi keje, walaupun dok bersin je sepanjang hari, batuk tak hengat je sepanjang hari … tapi … kena lah konon cergas.

Tapi … Selasa aku sudah gigil … tewas juga akhirnya … aku demam. Mintak wife yang tolong antar gi klinik keh keh keh. Jadi .. MC la ari tu.

Rabu gi keje, ok la jugak, sihat sket … cool je huhu, wife pun keje juga, ok la tu, dia kata banyak keje, macam biasa, gi keje bawak kete lah, sebab beliau dah boyot .. perut besar ( this time beliau mengandung agak besar perutnya ).

*********************************************************************

Jam 3 pagi, My lovely wife sms, tanya tolong masuk bilik sebab Mia sudah muntah. Aku pun masuk la bilik, settlekan apa yang patut, letak baju Mia yang kena muntah tu dalam bakul, bawakkan air, pastu tengok muka Ezrina, apasal merah merah plak ? pastu nape tak tido, dia kata, perut sakit, pastu dah kuar tanda jam 12.30 tadi … damn !!! motip dah pukul 3 pagi baru nak bagitau, dia gelak je, ciss sungguh.

Aku pun terus siapkan apa yang tak siap tadi tu. Shut down pc … masuk bilik. Sembang-sembang dengan wife. Sambil main PSP, konon nak berjaga, tapi gagal, jam 5 aku dah lelap hahaha.

Tapi .. jam 5.30, my wife sudah kejutkan, dia kata ‘ jom gi hospital ‘ huhu. Saspen dah bermula ( walaupun dah start jam 3 pagi tadi ). Ok la .. check beg, make sure everything complete. Baju baby, baju mak baby. Dan, tak lupa, baju Mia.

Lepas Subuh, dalam jam 6.15pagi, kitorang kuar rumah. Lepas aku mandi. Pakai baju lawa lawa. Make sure anak yang baru kuar tu tengok daddy dia dalam keadaan segak, tak selekeh huhu.

Jam 9.50 pagi .. nurse panggil soh masuk bilik, nervous, walaupun itu adalah my 2nd time. Maybe dulu ok je sebab time subuh huhu. Dan jam 10.10 pagi … seorang gadis sudah berjaya dilahirkan di dunia yang fana ini … Khadeeja Humaira Khairul Azrill …. nice name. Walaupun panjang, diharap kakak dia, Mia tak jeles sebab nama dia pendek je huhu.

Doa Daddy dan Mummy, semoga Khadeeja Humaira menjadi anak yang solehah, dan taat pada ibu bapa, semoga rajin belajar, semoga jadi pandai. Dan itu juga doa pada anak anak kami. Damia & Khadeeja Humaira … Love u all. Daddy bangga dapat tarikh lahir anak anak yang macam best je, Damia = 10.10.10 : 05.45 | Khadeeja Humaira = 12.01.12 : 10.10 huhu

p/s : sorry to Khadeeja Humaira, daddy lambat post cite pasal anda, sebab daddy anda sangat bz cat rumah huhu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: