Skip to content
October 10, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Happy Birthday To You My Darling

10.10.10 [ Ahad ]

Tarikh itu sangat mendebarkan. Pertarungan nyawa seorang ibu, untuk melahirkan seorang insan ke dunia.Seorang ibu yang dah bleeding sejak pagi Sabtu, perut keras sejak Khamis malam. Seorang bapa itu ? Sangat berdebar debar, nak make sure condition kedua duanya ok.

Kemudian, lahir seorang GADIS, bernama DAMIA. Comel + Tembam = Combam, itu la nama yang nurse kat Klinik Tan & Mano cakap, walaupun selepas itu, beliau tersipu sipu malu sambil terus keluar dari bilik cucuk tu. Aku … hanya gelak dalam hati, dalam kereta aku gelak keluar air mata haha, kelakar.

Perjalanan hidup GADISKU itu bermula pada 10.10.10 ( cantik kan number tu hehe ) jam 5:45 pagi, di Hospital Ampang. Anak membesar depan mata parent = priceless. Bertukar 3 nursery selama setahun.

Nursery pertama, sampai umur 4 bulan saja. Lokasi di Taman Saga, Ampang. Sebab owner rumah tu tetiba jual tanpa pengetahuan pemilik nursery tersebut. Tau tau notis nak masuk je, kejam giler huhu.

Nursery kedua, di Taman Ukay Bistari. Dekat, memang rilek. Tak penat, cepat, pantas. Lokasi ideal la kiranya. Tetapi, ngam² sebulan je. Sebabnya …. owner kena tangkap polis sebab rembat barang kemas, haha. Lagi satu masalah, cari nursery.

Nursery ketiga, di Lembah Keramat, AU5. Tempat aku tinggal time bujang dulu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar hehe. Start umur 6 bulan, dihantar ke sana. Alhamdulillah, sampai ke umur setahun. So far beliau serasi. Good girl.

Start meniarap since umur nak masuk 4 bulan, start merangkak since umur 5 bulan, start tumbuh gigi since umur 6 bulan, start berdiri since umur 10 bulan, start berjalan since umur 11 bulan, 2 minggu lepas raya. Sampai la sekarang, umur setahun, dia semakin laju. Good girl. Tapi rambut tak tumbuh lagi haha.

Tapi … priceless la lagi, anak anugerah & amanah yang tak terhingga, dari Allah, kepada hambanya. Kena jaga elok², semoga Damia menjadi anak yang solehah dan berguna.

Happy Birthday To Damia Khairul Azrill yang pertama. Semoga panjang umur, murah rezeki.

Daddy & Mummy Love Mia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: