Skip to content
March 14, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Minggu Terima Kasih

Diam tak diam, baby Mia sudah 5 bulan, sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah, nampak perkembangan baby Mia depan mata.

Tapi musim batuk & selsema menyerang, mungkin akibat jangkitan dari nursery tu kot. Dekat 2 minggu, kesian tengok beliau batuk, sampai nangis².

Alhamdulillah juga, baby Mia telah selamat menjalani ibadah aqiqah ( baby Mia ke ? huhu ), hasil sponsor family mertua aku, merangkap family wife aku, merangkap Tok Bah & Omma baby Mia pada 11 March 2011. Terima kasih kepada mereka, settle gak seekor kambing huhu. Kebetulan pula, time tu adik ipar; Fatin bernikah. Tahniah juga kepada beliau, semoga Fatin & Aidil hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tarikh yang senang diingat, kerana pada hari itu juga Jepun dilanda gempa bumi yang super power. 8.9 skala Richter.

Terima kasih juga kepada Omma Mia, kerana telah sponsor baju kami suami isteri dengan cara membelikan kain untuk dibuat baju. Cool je pakai baju kolar bulat. Baru la macam orang Johor kekeke. Terima kasih juga Omma Mia, kerana sponsor 3 baju untuk baby Mia, satu baju untuk majlis Aqiqah, satu baju untuk majlis persandingan Fatin, dan satu baju untuk majlis bertandang ke rumah Aidil

Kerana perkahwinan Fatin tu la, kami sekeluarga tidak tido, menyiapkan bungkusan coklat huhu, sampaikan bekas coklat tu dah nampak 3, akibat mata yang super kuyu hoho. Tapi cool, walaupun rasa macam bekerja di kilang coklat, kami masih cool menyiapkan benda tu semua, dan akhirnya siap seperti yang dijangkakan.

Juga, terima kasih pada kawan² yang datang, makcik² yang datang, Tok Wan Mia yang datang ( ye la, dah aku gi amek Tok Wan Mia kat Sabak, soh jugak dia datang haha ), adik beradik aku merangkap mak ngah, pak ngah & paksu Mia yang datang juga. Juga sepupu aku, Zuhaini dan Fiza yang datang bawak kek, dengan ucapan, kek anda sedap, cool huhu.

Erm .. dah la, penat siot nak taip, upload gambar je la.

Mummy Mia & Baby Mia Ketika Majlis Aqiqah

Tok Wan Mia & Baby Mia Ketika Majlis Aqiqah

Group Photo Bersama Sepupu, Makcik² daddy Mia hehe

 

Baby Mia yang comel bersama baju yang disponsor oleh Omma Mia

 

Dalam stroller ketika majlis bertandang di Kg Sg Sering, baju sponsor lagi hehe

3 orang memakai baju sponsor jugak haha

One happy family, kredit to Paksu Mia yang shoot gambar ni

dah abis, nanti la update gambar lain plak

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: