Skip to content
February 17, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Petang yang silau

Setiap hari keluar rumah di UK Perdana ketika matahari belum mengintai. Masuk kereta, sambil isap rokok di luar kereta sebab mana boleh bagi baby Mia kena asap rokok. Abis rokok, aku pijak pijak puntung rokok tu. Biasanya aku pijak dalam jarak 17cm dari tayar depan kereta Viva wife aku. Masuk dalam kereta, dah rasa sejuk, sebab wife aku pasang ekon. Biasa time ni, terdengar celoteh DJ Hot FM ( ye, aku suka dengar hot FM sebab agak cool huhu ). Bukak lampu, baca bismillah dan masuk gear satu ( kete manual hokey !!! ) terus gerak.

Sampai kat post guard, biasanya akan disapa dengan ayat ” Good Morning Boss !! ” oleh guard nepal yang bertugas, aku selalunya angkat tangan je untuk tunjuk yang kita hormat beliau. Ramai gak yang tak hormat security guard ni. Tak patut la, mereka dah susah-susah jaga keselamatan tempat tinggal pun diorang tak nak hormat. Aku bukannya pro-Nepal, aku tak pernah pun pegi Nepal, apatah lagi bertutur dalam bahasa Nepal. Tapi kena la appreciate mereka bersusah payah belajar bahasa Melayu. ( Ok … bukan nak cite pasal Nepal ).

Macam biasa, turun dari UK Perdana, akan jem start dari Bukit Antarabangsa sampai la ke MRR2, tak tau la kenapa. Apasal diorang tak nak gi keje naik motor ? Time time macam ni la aku rasa perlunya sistem jalan yang tersusun, daripada dok sibuk nak belanja buat bangunan 100 tingkat tu kan … kan kan hehe.

Dan seperti biasa juga, duduk la dalam kereta tu sampai matahari mengintai, memancar dan menyinari muka bumi sambil membekalkan vitamin E.

Biasanya juga, sampai depan De Palma Hotel arah ke Ampang, polis sudah tahan kereta nak ke Ampang supaya kereta yang ke arah KL dapat menggunakan jalan secara contra …. again, dok dalam kereta, tengok baby tido ( ye, biasanya beliau tido je that time ). Kalau dia tak tido, harus la mengajak beliau bergurau dalam kereta huhu.

Tapi beliau sakit mata today, kesian pada gadisku tu. Semoga baby cepat sembuh ye, jangkit dari daddy huhu.

Dan, macam biasa juga, sampai sekolah Mia dalam pukul 8 pagi. Pegi rumah mama amek motor, hantar Mummy Mia gi keje naik motor. Pastu pegi keje ke Cyberjaya. Dan …. macam biasa, sampai Cyberjaya dalam pukul 9 lebih kurang keh keh keh. Balik keje 5.30 petang, sharp, terus gi amek Mummy Mia, sampai opis mummy Mia around 6.15 petang, sampai sekolah Mia 6.40 petang. Balik umah mama, lepas Maghrib baru gerak balik UK Perdana ( around 8 malam ), sampai rumah pukul 8.30 malam paling awal. Perghhh …. giler ahh haha

Tapi semalam, sedang tunggu Mummy Mia yang macam lambat je nak balik, sambil mencuci mata yang pedih ( huhu ), tertarik dengan satu pandangan. Seorang gadis berjalan, maybe nak ke LRT Station di Ampang Park, patah balik menuju ke kedai makan. Dalam fikiran aku, owhh maybe dia terlupa nak tapau makanan untuk dibawa pulang. So, aku pun rilek lagi, isap rokok, Nampak gadis tu keluar dari kedai makan tu, membawa sebungkus makanan yang tidak dikenal pasti dalam bekas polisterin yang mengancam bumi itu, menuju ke arah laluan pejalan kaki. Kemudian, gadis itu berdiri, sambil meletakkan bungkus makanan tu di bawah, dan kemudian, aku nampak seekor kucing berbulu putih yang agak kurus datang ke arah gadis itu.

Wah … rupanya gadis tu pegi kedai makan untuk beli makanan untuk kucing terbiar tu. Mulia sungguh hatinya, gadis tu bukak bungkusan makanan tu, dan usap-usap bulu kucing tu. Kucing tu makan Nasik Goreng Ayam tersebut dengan penuh selera, dan gadis tu pun tinggalkan kucing itu menjamu selera. Tertarik aku dengan situasi tersebut, sayang .. tak bawak camera untuk merakam detik indah tu huhu…..

Kepada gadis tersebut, saya mendoakan anda semoga dimurahkan rezeki kerana berbuat baik sesama makhluk. Semoga dengan RM6.50 dibelanjakan untuk Nasik Goreng Ayam untuk kucing itu dibalas berlipat kali ganda ….. Amin …..

Dan seperti biasa, tajuk takde kena mengena dengan kisah ini kerana petang semalam cuaca mendung, kurang silau huhu

Ni pula, gambar baby Mia yang berumur 4 bulan time ni hehe

Baby Mia & Daddy Mia sedang menjadi ” Camera Freak ” huhu

Baby Mia & Mummy Mia beraksi pula

Dan akhirnya, One Happy Family !!!

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: