Skip to content
November 11, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Happy Birthday Baby Mia

Mia dah sebulan, sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah sebulan umurnya. Tapi, masih jauh lagi perjalanan baby Mia di dalam dunia yang fana ni.

Bawak Mia pegi injection Hepatitis B kat klinik Kita, Ampang. Selepas mummy Mia abis mid-term exam kat Shah Alam ( dah ada anak pun study tak abis lagi huhu ) . Memula ingat nak bawak cucuk kat Klinik Maamor ( milik Dato’ Dr Maamor ), tapi kecewa, sebab masuk-masuk je klinik tu, nurse tu cakap doktor takde, doktor akan masuk balik jam 3.30pm. Cehh .. that time baru pukul 11 huhu, terus pulak pegi Klinik Kita, Ampang. Memula tanya nurse tu pasal injection baby ;

Aku : tumpang tanya ye, kat sini boleh buat injection baby 1st month tak ? Hepatitis B ?
Nurse : [ terpinga pinga sambil tanya kawannya dan menjawap ] ermm encik, kat sini tak cucuk baby, kalau nak cucuk, encik kena pegi hospital.
Aku : [ dengan perasaan konfius ] ehh biar betul, hospital kata boleh je cucuk kat mana-mana, even tanya kat klinik kerajaan pun dia kata boleh je cucuk kat mana-mana klinik swasta, takde masalah pun.
Nurse : ehh ye ke, jap saya check, apa nama suntikan tu ?
Aku : ermm Hepatitis B
Nurse : ohh ada la encik, takpe la, encik register dulu ye, panel ke ? company apa ?
Aku : PM Care, company TM
Nurse : ok, register dulu ye.

Apa daa nurse tu, terus jump into conclusion pulak tanpa tanya dengan detail kat patient.

Time register plak, aku hulurkan kad PM Care baby Mia, dan surat beranak. Terus je nurse tu masuk dalam. Pastu aku gi la dok sebelah Mummy Mia, tiba-tiba ….

Nurse 1 : Khairul !!!!
Aku : ye
Nurse 1 : pernah datang sini tak ?
Aku : tak pernah, this is my first time
Nurse 2 : apa la ko, tak tanya pun terus nak cari, mana nak jumpa
Nurse 1 : dah tak mention, sape suruh
Aku : eh eh, u yang amek surat beranak, terus menonong, tak sempat i cakap, macam mana ???
Nurse 1 & 2 : [ diam je huhu ]

nasib baik mood aku sedang dalam keadaan cool, ye la, kan baby Mia punya besday, tak leh garang-garang hehe

Lepas cucuk tu semua, baby Mia tak nanges, tengok punya tengok, demam pun takde, alhamdulillah, lega, sebab kawan-kawan kata baby sometime tak tahan, boleh dapat demam. Berat Baby Mia dah 4kg pada umur sebulan, wow !!! huhu

Lepas hantar baby Mia balik Taman Saga, aku pun terus siap-siap nak balik ke UK Perdana, nak siapkan kerja yang banyak tak siap lagi tu. Sebelum sampai rumah, pegi la JPN Taman Melawati, ambik MyKid Baby Mia, wahh Baby Mia dah ada MyKid kaler pink hehe.

Ok la tu, hadiah besday Mia, nak belikan toys, baby Mia belum reti main pun, yang tau cuma nak susu je kekeke

Semoga baby Mia sihat sejahtera hendaknya,

Sayang Baby Mia

Mummy Mia sedang pose dengan Baby Mia [ stop nanges kejap untuk pose kekek ]

Baby Mia sudah sebulan, yay!!!

Baby Mia dah ada MyKid kaler pink hehe

Satu cara untuk bagi Baby Mia stop nanges huhu

Love both of u …..

ermmm … daddy Mia sape nak amek gambar ????

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

2 Comments

Leave a Comment
  1. erin / Nov 13 2010 9:56 pm

    guna la tripod amik gambar bertiga… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: