Skip to content
October 10, 2010 / Azrill a.k.a Puding

My New Born Damia

Alhamdulillah,

Setelah 9 bulan lebih kurang my wife mengandung, lahirlah seorang baby girl ke dunia ini. Tepat jam 5.45 pagi, 10 Ocotober 2010 ( 10.10.10 ), setelah berhempas pulas bertarung nyawa, di Hospital Ampang. Kedua dua dalam keadaan sihat dan selamat, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah.

Penantian yang menyeksakan. Start pegi hospital pukul 11 malam, 9 October, untuk kali kedua selepas doktor soh balik pada petangnya sebab bukaan baru 1cm huhu. Ditemani ibu mertua dan adik ipar ( diorang tunggu dalam kereta je sebenarnya hehe ), my wife start masuk labor room untuk di check. Tunggu punya tunggu, pukul 1230 tengah malam, nurse panggil sebab wife sudah kena masuk wad. Bagitau ibu mertuaku ( macam P.Ramlee punya cite plak haha ) dah masuk wad, terus ambik beg untuk kegunaan my wife dalam wad. Kemudian, minta ibu mertuaku pulang dulu ke rumah sebab dia sudah mengantuk nampaknya, sampai tertido dalam kete kat parking hospital huhu.

Tapi … dapat wad 3rd class plak, terus bising2 sikit sebab aku entitle untuk 2nd class punya ward. Lepas bising2 kat bawah, dengan nurse pun aku bising2, alhamdulillah, dapat gak kelas 2, alasannya, office dah tutup, hari isnin baru boleh dapat GL yang aku mintak Pantai Medicare fax… ish ish ish, ari Isnin bini aku dah boleh discharge la haha. Sementara wife dalam ward, suami tak leh dok kat atas tu, ( tingkat 4 ). aku pun kena la lepak bawah, isap rokok kat luar pagar hospital, kat tepi jalan ( dalam hospital tak leh isap rokok, kang kena denda RM5k tau ). Sembang dengan security guard India yang rasanya dalam keadaan mabuk ( hahaha, butir sembang itu tak leh di upload untuk menjaga sensitiviti rakyat keh keh keh ). Memang serba tak kena lah time tu, tapi cuba berlagak cool dengan isap rokok.

Jam 3.05, my wife sudah sms, nurse suruh naik pulak, terus naik atas, nurse kata anytime boleh beranak sebab bukaan sudah 6cm, wahh debaran terus terasa. Tapi, masih tak leh masuk labor room tu lagi, nurse minta dok kat ruangan menunggu ( lagi sekali ) sehingga nama dipanggil. Dah la aku sorang je time tu, tv plak tu dari petang dok bukak channel TV9 je, dah sah sah time 3.05 pagi takde siaran dah, ciss .. aku terus call Mak kat sabak, sebab tau mak dah bangun that time. Minta doakan yang terbaik untuk my wife. Pastu call plak mak mertua. Update status hehe. Memang mendebarkan time tu, sampai main game PSP ( aku bawak sebab tau akan boring dok kat hospital haha ) yang mudah pun aku kalah kekeke.

Jam 4.30 pagi, nurse sudah panggil masuk. Sebelum masuk, aku sebagai suami diminta sign satu agreement, di mana ada satu clause yang buat aku tergelak kecik secara cool di depan nurse itu.

” Pihak hospital tidak akan bertanggung jawap sekiranya anda pengsan atau tercedera ”

haha kelakar, tapi pikir balik, maybe ada kes macam tu kot, takut tengok darah hehe. Tapi alhamdulillah, aku cool dengan semua itu huhu.

Jam 5.30 pagi, bermula contraction yang agak ganas, dengan bunyi degupan jantung baby yang diletakkan di perut my wife tu, melalui mesin itu yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuar, sehingga aku sendiri menjadi tertekan haha, apatah lagi orang yang nak beranak tu, mesti lagi tertekan haha.

Jam 5.45 pagi, alhamdulillah, aku menyaksikan sendiri my wife bersalin, keluar baby girl ( tak tau jantina before this, sebab time scan baby kepit kepit je peha ). Menjerit jugak lah tengok tempat kuar baby tu kena gunting, damn !!!, terasa ngilu tau hahaha. At least, pengalaman tengok baby dilahirkan adalah satu pengalaman yang sangat besar pernah aku alami, terasa insaf, susah payah kaum ibu melahirkan anak, siyes ni, tak pernah aku terasa macam ni huhu. Baby seberat 3.23kg ( nurse kata tak padan dengan badan kecik, tapi berat haha ), aku qamatkan sebaik saja dibersihkan darah2 di badan baby Mia, maybe seiring dengan azan subuh, semoga baby Mia bila dah besar tak tinggal solat subuh 🙂

Pengalaman basuh uri pun dapat sekali, buat sendiri, tanpa sarung tangan, takde la geli mana pun. Biasa je … kalau biasa cuci daging lembu, mesti boleh punya cuci uri, walaupun ambil masa yang lama untuk cuci uri tu ( 2 jam setengah ok !!! ) sampai kecut2 jari jemari yang cute ni haha. Uri ditanam depan rumah mertua, semoga baby tak pegi jauh, kata orang tua hehe.

Baby dinamakan Damia Binti Khairul Azrill, Mummy dia yang nak letak nama pendek2, tak mo panjang2, Semoga Baby Mia menjadi anak yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air. Doa mummy dan daddy.

Mummy and daddy love u baby Mia …

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

5 Comments

Leave a Comment
  1. soulclickers.studio / Oct 19 2010 9:55 am

    tahniah!!!! semoga baby ni membesar dengan comel dan jayanya, serta menjadi orang yang solehah…

    insyaallah… =)

  2. hanis farhana / Oct 30 2010 11:20 pm

    tangan abg azrill cute kew???hehehe

  3. erin / Nov 1 2010 12:16 pm

    Baby Mia has grew up to 3.5kg last 2 weeks. Now soo chubby… geramm…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: