Skip to content
April 20, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Welcome to 30’s

20 April 1980

Ketika itu, emak mungkin sedang sakit. Berjuang antara hidup dan mati. Ketika itu, tiada kenderaan untuk membawa emak pegi ke Hospital. Yang ada cuma basikal, atau motosikal honda cup 70. Kereta Honda, Toyota, Merc .. tak ada. Proton Saga ??? … ermm nama Proton tu pun tak tercipta lagi.  Di kampung asal emak, di Parit 7 Sungai Sumun, time tu mesti emak sibuk. Arwah nenek sibuk. Bidan kampung lagi la sibuk. Aku tak tau siapa panggil bidan kampung tu datang rumah. Mungkin nurse klinik kerajaan yang pusing² kampung naik basikal ketika itu??? Emak tak pernah cerita. Tapi depan kampung tu ada klinik kerajaan. Agak² mesti penat nurse tu nak kayuh basikal pegi rumah arwah nenek. Tak macam nurse bidan kerajaan sekarang ni. Naik kereta kancil tu haha. Lagi advanced naik Grand Livina. Tapi … mak tak bagitau yang datang tu bidan atau pun jururawat desa yang kayuh basikal ….. ahh itu tak penting .

Emak bertarung habis habisan untuk melahirkan aku time tu. Menurut surat beranak aku, aku dilahirkan lebih kurang pukul 10 pagi. Mesti dalam pukul 8 pagi tu mak dah rasa sakit kot. Haha … Arwah abah mesti rasa macam suka je emak dah selamat melahirkan aku. Alhamdulillah, udara pertama aku sedut pada tarikh itu. Bersyukur aku dilahirkan ke dunia, dalam keluarga Islam.

Arwah abah time tu ( menurut surat beranak ), belum mengajar lagi. Tertera pekerjaan itu dengan ayat ” Kerja Sendiri “, pun aku tak tahu kerja apa. Maybe bertani ( arwah abah ada sawah bendang ) atau pun menganggur. Aku pun tak tahu. Bersyukur arwah abah mempunyai tanggungjawap kepada family, terutama pada emak dan anaknya ketika itu ; aku la tu.

Maka, bermula lah kehidupan aku sebagai hamba Allah, di muka bumi.

20 April 1990

Aku menyambut ulang tahun ke -10. Masih kecil. Belum akil baligh lagi. Sudah bersunat ( aku sunat time umur 7 tahun haha ). Masih tak tahu lagi apa bestnya isap rokok. Masih suci, mata masih terjaga dari perkara² yang melalaikan ( contoh, nampak pompuan sexy la, dan sebagainya ). Masih suka beli aiskrim tikam². Suka main guli, main bola sepak bersama kawan² di waktu petang, time raya gigih main mercun lada. Time exam asyik dapat nombor satu je kat sekolah. Pegi sekolah agama naik basikal sejauh 1.5km time petang². Ye .. itu 20 tahun yang lepas hahaha

20 April 2000

Ulang tahun yang ke – 20. Masih belajar di Politeknik Shah Alam. Masih aktif main ragbi. Dah pandai isap rokok dah time ni, dah kurang pandai naik basikal sebab dapat motor 125z dari arwah abah ( aku pakai lagi motor ni sampai sekarang, sentimental value ). Belajar agak hampeh, tapi still maintain 3 pointer time final exam hehe. Mata banyak tengok pompuan sexy dah time ni, terutama awek² kilang kat shah alam time gi lepak makan kat seksyen 19 tu. Duduk rumah bujang dah time ni …… belum merasa ada girlfriend lagi, sebab mak pesan jangan ngada² nak menggatal carik girlfriend time belajar hohoho. Aku ikut cakap emak. Arwah abah hadiahkan seutas jam untuk aku. Brand Q&Q. Walaupun jam murah, tapi aku amat hargai pemberian itu. Sebab time tu aku tak suka pakai jam tangan. Arwah abah seorang yang mementingkan masa. Ada nota dalam kotak jam itu yang aku ingat sampai bila². ‘ Masa itu emas, hargai setiap masa yang ada

20 April 2010

Alhamdulillah, ulang tahun yang ke-30. Bukan setakat dapat girlfriend. Aku dah kawin hehe. Celebrate birthday tanpa arwah abah yang pergi tinggalkan kami sekeluarga pada 2007. Teringat azam tahun lepas, waktu emak call wish selamat hari lahir time aku isap rokok kat tangga opis, aku cakap kat emak, aku harap tahun 2010, aku akan celebrate birthday dengan seorang isteri. Aku minta emak doakan, dan  hasilnya, alhamdulillah. Aku kawin sebelum birthday aku yang ke-30. Termakbul doa seorang ibu. Dan juga, alhamdulillah, isteri tersayang, Ezrina Ghazali sedang mengandungkan anak sulung sekarang ni. Ketika blog ini ditulis, isteri aku sedang mengandung 14 minggu. Semoga kami mendapat anak yang sihat sempurna, dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga ulang tahun yang ke-30, dimurahkan rezeki kami sekeluarga, dipanjangkan umur oleh Allah. Dan diberikan kesihatan yang sempurna kepada kami sekeluarga.

Kepada emak, terima kasih melahirkan aku. Terlalu banyak budi dan pengorbanan emak, tak dapat dibalas dengan apa pun yang dikumpulkan di dunia ini. I Love U So Much Puan Azizah Ahmad. Semoga dipanjangkan umur ibuku, dimurahkan rezeki ibuku, dan diberikan kesihatan yang sempurna ke atas ibuku. Jasa emak takkan dapat dilupakan.

Gambar sekadar hiasan

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: