Skip to content
March 10, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Dunia Photography

Part II

Lama tak taip blog, sebab banyak perkara nak buat, sangat bz main game at this moment, tapi gagahkan la jugak taip ni hehe.

Sambung photography lagi ni, first job dalam photography ni buat wedding, adalah di Melaka. Kakak kawan aku kawin, so saja² la nk try, berbekalkan camera 400D takde bateri grip, kit lens 18-55, lens tele 55-250 IS, lens prime 50mm f1.8 dan speedlite 580EX II, aku pun pegi la Melaka. Sampai sana jumpa sorang mamat official photographer ni, pakai 40D, lens dia 70-200 f4 … that time agak kagum, macam best je pakai lens putih ni hahaha. Pengalaman pertama, memang penat. Damn, that time baru terpikir, patut la wedding photographer charge mahal, penat rupanya wakakaka.

Time tu terus berazam untuk beli lens putih. Tak kira, apa jua rintangan yang melanda, nafsu tetap nafsu hik hik …. maka, dengan berkat kesabaran, mula lah mengumpul duit, target untuk beli lens yang agak bagus ( pada aku la, orang lain tak tau la aku ). Aku sifat aku, tak suka pinjam/test lens orang lain. Bila aku nampak macam best, aku akan tanya detail, soalan lazim aku biasanya macam ni;  ‘ ermm lens ni best tak ? berapa ekk harga dia ? ‘. Jika orang tu offer untuk aku pegang/test, memang aku takkan amek. Sebab ? sebab aku takut kalau rosak, nanti tak pasal² kena ganti. Dah la tak dapat lens, bayar harga lens plak tu. So .. bila nampak macam best, akan aku simpan semangat untuk kumpul duit hehe.

Alhamdulillah, lens yang macam best pada aku, aku beli time tu adalah Lens Canon 17-85 IS USM. Macam best je beli lens tu walaupun 2nd hand haha. Ye la, dah la ada IS, ada USM plak tu, which is aku tak pernah ada lens USM before this. Dan itu lah lens USM aku yang pertama hahhaha. Beli 2nd hand dari sorang mamat Bangladesh keje programmer, aku dapat beli dengan harga RM950 je haha. Lens tu memang best …… pada masa itu.

Kemudian, ada rezeki mendatang pulak, maka, bermula lah episod berbelanja. Erm … aku beli body 40D pulak. Beli dari sorang mamat korea. 2nd hand tapi macam baru ( shutter count cuma 1525 aje ). Harga time tu dalam RM2.3K …. ye la, teringin pakai 40D sebab dia punya shutter sound best, pastu laju plak tu boleh burst huhu. ( ntah apa² ntah kan, lantak la ).  Seminggu kemudian, beli plak lens 10-22mm ( i love wide ) dengan harga RM1.7K, dengan mamat yang sama jugak, dapat original hood, lens-pouch, ermm pendek kata, memang agak murah la. So .. memang best jugak hehe. Stim gila dapat shoot pakai UWA lens ni.

Shoot punya shoot, terjebak plak dengan keindahan prime. Mula beli lens 50mm f1.4, dari sorang brader dari bangi, harga ?? RM 900. Best, body build pun mantap, output agak menarik ( aku takkan review lens² ni secara detail ). Aperture f1.4 memang best, dengan bokeh yang stim huhu … giler ahhh. Tak lama kemudian, terbaca orang nk jual lens 200mm f2.8 .. prime lagi, sebab dah terjebak dengan prime lens dari canon, maka terus la buat review pasal lens tu. Tengok output, memang superb kaler yang kuar dari lens tersebut. Call brader tu, dia kata dah terjual .. damn .. takpe .. misi mencari lens tersebut akan diteruskan hehe.

Tapi, dah kata rezeki, rezeki juga … ada sorang lagi brader advertise lens tersebut. Terus aku call, deal harga, dia setuju dengan harga yang ditawarkan, iaitu RM2200, maka, lens canon 200mm f2.8 L USM, menjadi milik aku. Lens L yang pertama dalam hidup aku ni haha.

At the same time, looking juga pada lens prime yang agak terbaik jugak, iaitu Canon 135 f2. Tapi tak nampak pun orang jual, tanya kedai, diorang tak simpan stok .. ciss …

Infra-red camera … ye … dari memula join photography, terjumpa link gambar² infrared, cantik, agak unik outputnya ( tak semua suka gambar dari infra-red ). Hati tertarik, siap dah plan nk beli satu body untuk convert fully iR sebab before ni main iR guna filter je ( En Husaini yang racun aku, agak hampeh ). Maka, terjumpa juga link orang nk jual body 20D iR dengan harga RM1.8K .. dan … macam biasa, terbeli plak hahhaa. Memang stim iR ni ( nanti boleh disembang diruangan baru ).

Lepas tu, nk kata rezeki pun rezeki la gak, dapat info ada orang nk jual lens 135 f2 … suka betul aku haha .. terus merisik harga .. dan … dia setuju lagi sebab aku pernah beli 200 f2.8 kat dia ( brader yang sama jugak haha ). Duit sebanyak RM2.5K bertukar tangan dan digantikan dengan lens 135f2 L USM. Memang superb output dia @ f2. Best bangat !!!

Misi belum berakhir … ada plak orang nk jual lens 70-200 f4 USM, so … merisik la lagi, dia bukak harga RM2.4K pakej bersama tripod collar original ( dengarnya lens 70-200 f4 tak dapat tripod collar ). Aku tawar punya tawar, dapat la harga RM1.9K haha. Tapi jodohnya tak lama dengan aku, cuma 5 hari. Sebabnya, lens itu didapati mempunyai kegagalan sistem USM, dan focusing, menyebabkan agak gila jadinya untuk focusing hoho. Maka, call balik mamat tu untuk refund balik duit aku. Kemudian, dapat lens 70-200 f2.8 pulak. Harga ? Rm2.8K hahaha … ramai kawan² aku tak caya, dengan condition lens tu yang almost perfect to new lens, aku dapat dengan harga tu. Maka, angkat la jugak .. best best …

Tapi …. aku mempunyai masalah dengan lens tu, bukan lens tu yang bermasalah, tapi aku. Dengan body build yang berat, tanpa IS sistem, aku memang kantoi, gambar hampeh je semua …  agak tak suka la huhu, maka, terus la aku iklankan penjualan lens tersebut. Nak jadikan cerita, at the same time, nampak satu iklan, sorang brader cina ni looking for 135 f2 & 70-200 f2.8 non-IS untuk di swap dengan dia punya 70-200 f2.8 IS. Dan .. dengan segeranya aku call untuk deal, aku cakap aku ada both lens, tapi want to let go only 70-200 f2.8 saja, not the 135 f2. Dia kata ok .. dia soh top up around 2K .. so .. dengan sukanya, aku pun on aje …

Nilai sebenar untuk lens 70-200 f2.8 IS sebenarnya adalah RM4.8K hehe .. ok la tu, dah rezeki. Condition .. memang like new .. best sangat. Alhamdulillah ….

Kesimpulannya, main camera ni adalah hobi yang mahal hahaha. Nasib baik barang² dah agak complete sebelum aku kawin, kalau dah kawin ??? ermm rasanya tak dapat kot beli hehe …

2 Versi iR dari camera 20D fully converted to iR V5. Gambar sama, tapi post processing yang berbeza.

Versi Hijau

Versi Kuning

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

2 Comments

Leave a Comment
  1. husaini / Oct 19 2010 10:21 am

    bang body ir tak nak jual ke? :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: