Skip to content
January 31, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Jumaat yang malang

Hehehe …  Pagi jumaat ari tu, 29 Jan 2009, pada jam lebih kurang 7.50 pagi, nak gi keje, terjadi satu kejadian yang malang, iaitu KEMALANGAN hehe .. nama pun malang kan. Terjadi di MEX Highway dari Kampung Pandan sebelum tol Salak Selatan. Time tu baru je potong satu kete dok lane kanan, sampai selekoh tu je, tetiba nampak la sebijik EK kaler putih bersepah kat lane kiri, maka dengan machonya aku masuk lane kanan. Rupanya, di lane kanan pun ada, WAJA sebijik dengan sebijik motor kat bawah kete tu. Damn !!! … tak suka la situasi itu hahaha. Aku pun brek, ermmm terdengar bunyik tayar .. sreettttt … pastu senyap .. adehhh jalan licin rupanya. Pastu menurun bukit plak, try untuk tarik handbrake .. ermm lagi la, terasa berpusing kete. Cubaan last, tukar gear .. sampai gear 3 .. hahaha tak berjaya .. dengan perasaan redha .. aku langgar la WAJA tu .. la la la la la …

Agak teruk keadaan NINA, brader yang jaga eksiden tu marah aku, tanya apasal tak slow .. orang ada jaga kat depan. Aku pun cakap, mana ada orang jaga pun, dia rilek je berdiri kat situ ( bangla maintenance hiway tu ). Brader tu tengok, pastu dia geleng, ye la dik hahaha. Memang bangla tu tak jaga pun, berdiri je kat tepi kekeke.

Pastu kete tow sampai balai polis trafik Jalan Bandar. Buat report apa semua, brader tu kata kena kawtin dengan Sarjan atas tu. Bayar RM100. So, pastu boleh la claim insurance kete EK tu. So… untuk mengelakkan itu, aku pun bayar RM100 ( ye .. rasuah di mana² huhu ). Terpaksa … sebab nanti bajet lari hehe …

Kete dibawak kete Jalan Ulu Klang ( sebab aku dok area sana pun jugak, senang sket ). Sedih tengok NINA eksiden. Selama dengan NINA, tak pernah eksiden macam tu. Paling² tu orang langgar belakang, tu pun 2 kali je huhu.

Semoga NINA siap repair … kesian NINA …

Keadaan NINA .. kesian dia

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: