Skip to content
January 20, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Dunia Photography

Part 1

Hahaha … walaupun aku bekerja dengan TM, photography adalah satu hobi untuk aku. Ye la, masing² ada hobi sendiri. Ada yang suka berkebun, suka melancong, suka mengorat ( adakah termasuk dalam hobi ? ) hehe …

Aku start hobi photography ni pada 2008. Camera pertama yang aku beli adalah Canon 400D. Beli 2nd hand, dari budak Melaka pada 10 April 2008. Harga camera tu RM1500 hehe. Canon 400D + Kit Lens + Beg. Harga memula mamat tu letak adalah RM1700. Mintak nego sampai RM1500 sebab datang dari KL untuk COD. Balik je dari training time tu kat TM Training Center, terus gerak gi Melaka. Dah la tak tau jalan hehe.

Maka, bermulalah episod photography dalam hidup aku ni. Dengan rasa tak sabar, esok petang selepas beli camera, aku balik kampung. Hari tu hari Jumaat. Siap plan nak singgah Bukit Melawati kat Kuala Selangor haha. Dok keje tanggap gambar monyet je huhu ( monyet sangat banyak kat atas bukit tu ).

Kemudian, start mencari lens. Minggu pertama dah beli lens Canon 55-250 IS yang berharga RM750. Ye la .. kit lens 18-55mm sangat limited range untuk shoot. Aku tak leh shoot jauh² huhu. Punya la happy dapat lens tu. Asyik nak shoot burung je kekeke. Lepas tu, dalam seminggu, aku beli Speedlite Canon 580EX2 berharga RM1500 pada masa tu. Dan juga lens 50mm f1.8 yang berharga RM250 ketika itu. Speedlite ataupun Flash tu beli sebab dapat duit arwah abah aku, mak aku bagi. Katanya sebagai kenangan arwah untuk anak². Maka, daripada aku enjoykan duit tu, baik aku beli something. At least ada gak kenangan kan. Barang² tu semua orang tolong belikan. Lokman Hakim, dari Sg Buloh, pakai 40D, lens 70-200 kaler putih yang agak aku kagum time tu hehe. Sekarang mamat tu study kat UK. Dia la yang kutuk aku pakai camera mode Auto hahaha damn u !!!

Outing pertama secara berkumpulan, adalah join outing ke Bird Park, KL. Dianjurkan oleh photoschool, maka try try la join. Tak kenal langsung orang kat situ. Tapi, kat sana la aku jumpa kawan² baru, yang sampai sekarang still rapat lagi la. Husaini ( terus jadi photographer untuk majlis kawin aku ), Alan, Donat, Adesh, WanRap dan Daus. Sebab time tu semua orang kecuali Husaini pakai 400D hehehe.

Sikit demi sikit belajar, masih tidak puas untuk belajar. Photography aku rasa adalah hobi yang unik. Walaupun kos untuk hobi ni mahal, tapi bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Walau macam mana pun, duit tetap dikumpul untuk melayan nafsu serakah main camera ni haha.

Gambar pertama yang aku ambil masa hari kedua pegang DSLR huhu, di Bukit Melawati; Mr Monyet huhu

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

2 Comments

Leave a Comment
  1. raihana_humaira / Sep 2 2010 10:23 am

    hahaha…mmg cute la monyet tuh…sempoi2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: