Skip to content
January 4, 2010 / Azrill a.k.a Puding

Selamat Bersekolah

Hari pertama sekolah dibuka, pada tahun 2010, dan hari pertama juga kaum² pekerja bekerja pada tahun 2010 ; termasuk aku.

Punya la jem jalan, masing² nak hantar anak diorang pergi sekolah. Ye la .. ada yang baru masuk darjah satu, mak bapak mesti kena hantar. Ye .. aku paham diorang rasa excited anak masuk sekolah. Diam tak diam, aku dah tinggalkan alam persekolahan hampir 13 tahun. Agak lama tu hehe …

Cite pasal first day sekolah, teringat aku waktu dulu. Tahun 1987, aku berumur 7 tahun. Sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam. Sekolah yang sama arwah abah mengajar. Time tu aku eksen haha .. sebab tak nangis. Budak² lain boleh dikatakan 70% menangis. Mungkin sebab mereka tak biasa berjauhan dengan parent masing². Hahaha kelakar, adakah mereka ingat sekolah tu tempat penculikan budak² yang kemudiannya budak² yang agak gebu, comel dan tembam akan dipotong tangan, lalu dijadikan pengemis haha ( that time, mak bapak yang ada budak kecik akan cakap mcm tu, supaya anak² mereka akan takut kuar waktu siang untuk bermain hehe. Diorang cakap ada orang naik van culik budak kecik, pastu bawak gi siam jadi pengemis hehe )

Ok .. that is another story hehe .. dalam kelas, aku tetap rilek. Dengan lokasi sekolah sangat dekat dengan rumah, cuma dipisahkan dengan padang bola sekolah aku tu je dengan rumah aku. Time rehat, aku lari balik rumah. Duit belanja cuma 50 sen je untuk sekolah pagi & 30 sen untuk sekolah petang. Ye .. time sekarang ni jangan la nak bandingkan, apa je dapat dengan 50 sen tu kan hehe. Aku gi sekolah pagi dengan berjalan kaki saja. Tak tumpang arwah abah pun gi sekolah naik motor. Rilek, lebih selesa jalan kaki je.

Sekolah agama plak aku pegi naik basikal. Kayuhan sejauh 1 kilometer setiap hari boleh menguatkan otot kaki. Start sekolah agama pukul 2.30 petang, abis sekolah pukul 5.30. Balik sekolah je race dengan kawan² hehe. Tu sebab time tu aku kuat lari. ( Tolong jangan bandingkan atau imagine badan aku yang sekarang ni pastu nak pikir aku tipu plak haha. Aku pernah jadi olahragawan sekolah pada tahun 1992 tau hehe )

Budak² sekolah zaman sekarang ni sangat senang. Pegi sekolah, duit belanja RM10 satu hari. Siot je, kalau tak pandai belajar jugak, tak tau la huhu. Pastu belum masuk form 1 lagi, dah ada handphone yang pakai 3G plak tu. Aku ni dah kerja, pakai handphone 3G pun pada umur 27 tahun haha. Tu pun beli 2nd hand je kat low yatt plaza haha .. damn .. aku jeles

Jadi, pada adik² yang baru nak gi sekolah tu, kat sekolah jangan jadi jahat. Belajar betul². Dah besar nanti kumpul duit beli kereta. Jangan isap dadah hehe ..

Majulah Sekolah Untuk Budak²

Aku nak gi main Poker kat facebook jap huhu

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: