Skip to content
December 18, 2009 / Azrill a.k.a Puding

Musim Kawin

Ye … kembali semula, selepas Raya Aidilfitri tempoh hari, lama dah tak menulis blog ni huhu, walaupun takde sape pun nak baca, tapi layan je la ….

Kawin ye …

22 Nov 2009 – Tarikh yang rasanya tak patut aku lupakan. Tepat pukul 9 pagi, di Masjid Ubudiah, Ampang Tasek, aku telah selamat dinikahkan oleh bapak mertua sendiri. Nama isteri aku Ezrina Ghazali. Alhamdulillah, selamat dinikahkan, tapi bertambah satu tanggungjawap. Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dengan mas kawin berjumlah RM80 tunai hehe.

Ye, memang gembira masa tu. Tetapi, ketika melafazkan taklik, aku rasa agak sebak. Tak dapat baca apa yang ditulis kat dalam kertas tu. Sebak, sebab aku terharu menjadi seorang suami, Sebab sebab orang yang sangat nak tengok aku mendirikan rumah tangga tiada di majlis itu. Orang tu adalah arwah abah, Hj Khalid Hj Samson. Memang aku menitiskan air mata. Air mata yang agak jarang dititiskan dari seorang lelaki.

Ibu Aku

Hajjah Azizah Ahmad…. sayu aku tengok mak. Ye la .. sebelum ni tinggal kat rumah dengan adik perempuan aku, Riza. Tapi dia pun kawin, aku nikahkan pada 4 Dec 2009. Sekali lagi, lepas nikahkan mereka berdua, aku sayu. Aku adalah wali kepada adik aku tu. Menitis lagi air mata, teringatkan arwah abah. Sangat terasa dalam sudut hati ni. Mak ketika aku nak pulang ke KL, peluk aku, menangis, mintak selalu call. Ye, aku paham dia terasa sunyi dok sorang², tapi aku pun akan buat yang terbaik untuk mak. Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan. Semoga mak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki. Itu doa aku untuk mak setiap hari.

Isteri aku ….

Ezrina Ghazali, apa yang dapat aku describe about her, seorang yang agak lemah lembut, tapi sometime dia agak garang. Cute … yes .. i admit benda ni, walaupun jarang cakap kat dia yang dia cute hehe … tapi dia kurus. Aku harapkan dia akan bertambah la berat badan dia tu hahaha …. Kenal dah lama, dalam 6 tahun, tapi dah jodoh, memang tak ke mana. Tak sangka, tak pernah terfikir pun yang kami akan bersama sebagai suami isteri. Tak sangka pertemuan kembali pada Januari 2009, tetiba boleh terus on nak kawin keh keh keh

Sebenarnya, duit nak kawin tu adalah untuk beli camera 1D Mark III, 5D Mark II, Lens 24-70 f2.8 dan 16-35 f2.8. Tapi nasib baik lah tak jadi beli tu semua, kawin lebih dituntut oleh agama Islam ini hehe ….

Pada my wife, semoga dapat terima aku dengan seadanya. Insya-Allah, aku akan buat yang terbaik untuk kita berdua. Doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat. Amin …

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

I Love My Mum, I Love My Family and I Love My Wife


Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

Advertisements

2 Comments

Leave a Comment
  1. yourwife / Dec 18 2009 10:19 am

    ye ke pertemuan kembali tu 2009?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: