Skip to content
September 1, 2009 / Azrill a.k.a Puding

Puasa

Lama dah tak update blog ni. Hari ni hari ke 11 berpuasa ( sama dengan 11 Ramadhan la ), Alhamdulillah, aku tak tinggal lagi puasa hehehe .. last aku ponteng puasa pada tahun 1989. Aku ponteng sehari je. Masih ingat lagi hari aku ponteng tu hari Jumaat.

—————————————————————————————————

Balik sekolah je hari Jumaat tu, ( time tu sekolah belakang rumah je huhu ), cuaca sangat lah panas, membahang, walaupun aku jalan kaki dalam 200 meter je untuk pulang ke rumah. Masa tu aku darjah 3, umur aku 9 tahun. Inisiatif dari arwah abah, kalau puasa cukup, akan dapat lah RM30 ( time tu RM30 mcm RM3K zaman sekarang ni hahaha ). Tapi, kalau ponteng sehari, segala RM30 tu tak dapat, tiada RM29, tiada RM25. Semuanya akan back to zero, tunggu tahun depan baru nk dapat lagik haha.

On the way balik rumah, nampak budak² Cina dengan budak² India tengah berkumpul kat apek jual aiskrim tikam. Mesti tak tau kan mcm mana rupa aiskrim tikam tu haha. Ada satu papan berukuran 2′ X 2′, di letak paku² di dalamnya , pastu kat bawah sekali tu dia lekat nombor² kat kalendar tu, ada nombor 1 dan paling besar nombor 4. Kat atas papan tu ada 6 lubang, akan disediakan guli. Bila kita masukkan guli tu, tunggu guli tu jatuh, kalau jatuh pada nombor 4, maka kita akan dapat 4 aiskrim yang skop tu haha. Stim woo dengar bunyi guli tu. Sungguh kreatif apek tu ( aku dengar apek tu mati tahun 1993 ) huhu ..

Time puasa, masa balik sekolah tengahari, mmg dapat tengok je la diorang jilat² aiskrim. Dalam hati bergelodak perasaan dan nafsu untuk makan aiskrim. Hampeh je ( aku cuba untuk tidak menggunakan kata² kesat haha ).

Sampai rumah je, bukak la peti ais, konon untuk sejukkan badan ( aku bet korang mesti pernah buat benda ni gak time kecik² dulu, jgn tipu la ). Tetiba nampak bubur kacang, which is, favorite aku. Wow wow .. bubur kacang dalam peti ais haha . Damn damn.

Aku : Mak, ingat mcm nk makan la bubur kacang tu, boleh tak ?

Mak : Ishh .. jangan, kang abah marah, dah elok² dah setengah hari ni, jgn la bukak puasa.

Aku : alaa .. tak kira, tak larat sangat dah ni, boleh la .. boleh la .. perut ni memang mcm lemah dah ni, please mak .. tolong la .. tolong ..

Mak : Sukati ko la,

Best best, aku pun makan bubur kacang tu, arwah abah cuma memandang dengan perasaan tak puas hati je kat aku time tu huhu.

**********************************************************************

Aku : Wah .. bestnye lauk² nk buat bukak puasa ni. wow wow .. lagi 10 minit lagi nk bukak puasa ni.

Arwah abah :  Ehem .. hang pi dok depan. Jangan nak kacau orang nk bukak puasa. Hormat sket orang² yang puasa ni. No puasa, no makan. Paham ???!!!

Sungguh tegas arwah abah time tu. Dengan muka toya, sedih, kecewa semuanya bercampur baur .. aku merasa menyesal sangat. Tapi tu la, nasik dah jadi bubur lambuk, semuanya dah terlambat untuk menyesal. Sungguh besar harga bubur kacang perlu aku bayar utk itu. Damn damn, aku marah pada diri sendiri. Cilakak sungguh bubur kacang tu.

Sekarang, walaupun aku dah berumur 29 tahun, kenangan tu tak pernah aku lupa. Dan sejak peristiwa itu lah, sampai sekarang aku tak makan bubur kacang. Dendam tu masih berbekas di hati aku ni. Siot aa bubur kacang. Sampai aku pencen pun aku rasa aku tak makan bubur kacang hijau. Dendam ni … cisss

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: