Skip to content
August 15, 2009 / Azrill a.k.a Puding

Al-Fatihah

Ari ni, 24 Syaaban 1430 ( 15 August 2009 ), genap 2 tahun my lovely dad meninggal dunia. Sungguh cepat masa berlalu. My dad meninggal 24 Syaaban 1428 ( 6 September 2007 ).

Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan bersama arwah. Gurau senda, gelak tawa. Walaupun dia kurang sihat, dia tetap cuba untuk hiburkan kaum keluarga dia. Teringat saat² time last jumpa dia lebih kurang 2 minggu sebelum dia pergi. Dia menangis ketika aku dengan adik lelaki aku nk balik time kitorang salam dia. Rupanya dia sedar, itulah kali terakhir dia dapat pegang tangan anak² dia.

Sedih, memang sedih. Tapi hidup tetap kena teruskan juga. Teringat, ketika setiap bulan aku balik kampung, untuk hantarkan dia pegi check di Hospital Kuala Lumpur. Aku harap, aku ikhlas dalam buat bakti terhadap arwah ketika itu. Itu saja yang aku rasa perkara yang aku buat dalam keluarga. Yang lain, mungkin tak sebesar itu.

Sekarang yang tinggal cuma mak saja di kampung. Harap mak sihat tubuh badan, di panjangkan umurnya ..

Pada rakan² yang masih ada ibu bapa, berbaktilah pada mereka ketika mereka masih hidup. Buat yang terbaik pada mereka.

Benda ni akan aku selalu ingatkan pada kawan² setiap tahun ketika genap arwah meninggal.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Hj Khalid Hj Samson. Al-Fatihah ….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: