Skip to content
July 20, 2009 / Azrill a.k.a Puding

Syaitan ada di mana²

26 June 2009, hari Jumaat. Berakhirlah riwayat roadtax & insurans kete dengan motor aku. Insurans dah settle dengan kak wada dah 2 hari sebelum road tax mati ( transfer guna Maybank2U aje ).

Kini, tibalah masa untuk pegi pejabat pos nk renew roadtax. Aku sangat teruja nak renew roadtax, tak tau pasal apa, setiap tahun keterujaan untuk renew roadtax melebihi rasa teruja aku nak sambut raya. Betul ni, siyes.

Kebetulan, ari tu ada keje kat area Brickfield, elok² sampai Brickfield, kerja tu dah settle. Ermm sangat ciss .. tengok jam baru pukul 10 haha, syaitan datang menggoda aku di hari Jumaat tu, jgn la balik Cyberjaya, pegi la balik umah kat Keramat sambil test kasut Crocs yang baru di beli di Menara TM tadi haha ( aku ada Kasut Crocs keke ).  Setelah cuba melawan godaan syaitan keparat, aku tertewas, damn syaitan. Maka aku pun memutuskan untuk tak balik Cyberjaya. Terus gi Celcom bayar bil talipon yang sebanyak RM100. Kemudian, terujaku datang lagi untuk renew roadtax .. yes yes. Terus gerak ke Pejabat Pos Taman Melawati.

Sampai sana je, amek number, tunggu dalam 30 minit. Sampai turn aku, tunjuk geran moto dengan kete. Tetiba pegawai tu cakap kat aku mcm ni.

Pegawai Pos : Encik, geran kete ni nak kena tukar baru, sebab dah penuh dah ni, nanti kitorang tak leh nk print detail. Encik sila buat dekat JPJ Wangsa Maju ek

Aku : ermm ye la … ( teruja ilang sikit, sambil tengok jam tangan yang dah dekat pukul 1130 ni )

Maka, terus la gerak ke JPJ Wangsa Maju. adehh time ni jumaat plak tu, nk gi masjid ni. Sampai sana je tengok punya la ramai manusia. Terus amek borang nk tukar geran, pastu baca.

Adeh … dia soh photostat IC la pulak, nasib baik dalam tu ada service itu, terus nak gerak ke dalam.

Masa nk gerak ni, datang la seorang cina.

Cina : Abg, abg mau buat apa bang ?

Aku : Erm .. saya nak tukar geran, pastu nk renew roadtax. Geran kete ni dah penuh, tak leh buat kat post office. Geran motor masih ok lagi

Cina : Bang, saya boleh tolong abg, Saya ambil upah RM50 aje. Cepat punya kerja ni bang.

Aku : Ermm takpe la .. its ok .. saya boleh buat sendiri, bukan susah pun.

Aku terus masuk sambil buat muka kat cina tu, ishh .. ulat ni ada di mana², ingatkan kat Puduraya je, kat JPJ pun ada gak huhu. Terus amek nombor giliran …

Damn !!!!! aku kena tunggu lagi 570 orang … WTF !!! … ermm takpe .. rilek rilek .. gi photostat dulu. Sambil tu tengok sekeliling, wahh ramai giler orang ni. Ishh ….

Aku terus kuar kejap, isap rokok sambil pikirkan sesuatu. Teruja aku semakin low .. aku tak suka mcm ni ..

Aku :  Weh lengchai… mari sini kejap.

Cina : Ye bang, ada apa yang saya boleh tolong bang ??

Aku : Aku nk tukar geran kete, renew roadtax motor dengan kete ko boleh buat tak ? Berapa lama boleh settle ?

Cina : Boleh bang, kejap je, saya gerenti tak sampai 30 minit. Bayar saya upah RM50 aje bang.

Aku : Ok, Roadtax kete RM90, Roadtax Motor RM2, Aku bagi ko RM140 je boleh ? Roadtax motor ko belanja aku.

Cina : ok bang, boleh boleh, abg dah isi borang tu semua kan ? mari ikut saya

Aku pun ikut dia naik atas, dia gi amek number kat kaunter, pastu berdiri kat lorong tu, depan kaunter 13.

Aku : Apasal tak duduk ?

Cina : takpe .. abg duduk dulu, tapi nanti kalau saya panggil abg, abg ikut tau, terus duduk saja. Ini kakak sudah kawtim sama saya. Kaunter 13 saja bang boleh ini macam.

Aku : ermm ok, cepat sikit boleh ?

Cina tu senyum je, ngam² 8 minit, sedang aku leka tengok nombor plet kete baru kat screen tu, cina tu tarik aku. Terus aku berurusan tukar geran, renew roadtax kete dengan motor, dengan rasa terujanya ….

Damn .. senang sungguh punya keje, potong que rupanya hahaha .. Aku pun boleh buat sendiri kalau mcm tu .. ciss .. tapi cuma memerlukan kekeringan hati tahap tertinggi … Dalam teruja tu, aku agak kesal juga, sampai rumah rasa bersalah pada orang² yang tunggu lama tu. Ermm ahhh biarkan la diorang, diorang bukan Solat Jumaat pun haha

Tapi .. syaitan telah  berjaya pengaruh aku sekali lagi buat salah, memberi rasuah .. aku dah lakukan jenayah hahahhaa ..

p/s : Makcik kat kaunter 13 tu pun rasuah jugak kekeke

Damn Syaitan !!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: