Skip to content
July 17, 2009 / Azrill a.k.a Puding

Status Yahoo Messenger

Ini adalah posting yang pertama, ada banyak isu yang nak diketengahkan sebenarnya ( percubaan berbahasa Melayu secara total ni haha )

Aku rasa tetiba nak buat blog ni bukan apa, saje je nak berbincang. Sebabnya, sejak kebelakangan ni, aku selalu tengok status kat YM kawan² aku ni, hampir 95% adalah berbahasa inggeris. Sedang kerajaan memansuhkan PPSMI ( Pengajian & Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ), diorang ni dok la taip gak status dalam bahasa inggeris. Ye, betul, takde kena mengena pun dengan PPSMI, tapi kenapa kena tulis bahasa inggeris ? huhu

Lagi² agak aku rasa tertekan, bila tempat lunch yang baru dikunjungi oleh mereka ( kawan² aku dalam YM tu ) pun nk tulis.

Contoh² status YM yang agak menjengkelkan :

‘ Lunch at Squerito Al-Quinto, and the Zabamia is great ‘

( Ini adalah contoh, Squerito Al-Quinto – aku letak je nama untuk menunjukkan kedai makan tu adalah sangat ada kelas hehe. Sama gak mcm Zabamia – untuk menunjukkan makanan tu sangat kelas )

sangat kelas pada persepsi aku adalah nama² yang aku tak pernah dengar, tak pernah rasa makanan tu, tak pernah masuk kedai tu.

Satu persoalan, adakah aku jeles dengan kawan² aku sebab diorang gi makan kat tempat² yang ada kelas ? hahaha .. stendet tempat makan aku adalah Marina Tom Yam di AU5, Lembah Keramat. Sangat best, sambil makan ada satu cina jual DVD cetak rompak. Hahaha ..

Tapi aku rasa aku jeles kot kat kawan aku tu sebab makan kat tempat yang aku tak reti nak sebut huhuhu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: