Skip to content
January 25, 2012 / Azrill a.k.a Puding

Welcome To The World

12.1.12 ….

Ketika aku sedang bz buat gambar client untuk burn dalam cd, buat minor editing yang aku cuma buat dalam batch secara automate ( bukan malas hokey, nak cepat keje je ), sambil rokok di bibir, walaupun aku tak isap, sebab rasanya isap rokok is not good for your health kan :D. Stress je rasanya that time, jam dah dekat jam 3 pagi, huhu.

*********************************************************************

Minggu tu, hari Isnin aku keje, walaupun my wife ( Ezrina ) dan my baby Mia demam. Ezrina sudah start demam since Jumaat. Baby Mia start demam hari Ahad .. damn … semua nak kena demam la at the same time huhu. Aku sebagai ketua keluarga, mesti la kena sihat, aku cuba untuk cool … ye .. memang cool, ari Isnin gi keje, walaupun dok bersin je sepanjang hari, batuk tak hengat je sepanjang hari … tapi … kena lah konon cergas.

Tapi … Selasa aku sudah gigil … tewas juga akhirnya … aku demam. Mintak wife yang tolong antar gi klinik keh keh keh. Jadi .. MC la ari tu.

Rabu gi keje, ok la jugak, sihat sket … cool je huhu, wife pun keje juga, ok la tu, dia kata banyak keje, macam biasa, gi keje bawak kete lah, sebab beliau dah boyot .. perut besar ( this time beliau mengandung agak besar perutnya ).

*********************************************************************

Jam 3 pagi, My lovely wife sms, tanya tolong masuk bilik sebab Mia sudah muntah. Aku pun masuk la bilik, settlekan apa yang patut, letak baju Mia yang kena muntah tu dalam bakul, bawakkan air, pastu tengok muka Ezrina, apasal merah merah plak ? pastu nape tak tido, dia kata, perut sakit, pastu dah kuar tanda jam 12.30 tadi … damn !!! motip dah pukul 3 pagi baru nak bagitau, dia gelak je, ciss sungguh.

Aku pun terus siapkan apa yang tak siap tadi tu. Shut down pc … masuk bilik. Sembang-sembang dengan wife. Sambil main PSP, konon nak berjaga, tapi gagal, jam 5 aku dah lelap hahaha.

Tapi .. jam 5.30, my wife sudah kejutkan, dia kata ‘ jom gi hospital ‘ huhu. Saspen dah bermula ( walaupun dah start jam 3 pagi tadi ). Ok la .. check beg, make sure everything complete. Baju baby, baju mak baby. Dan, tak lupa, baju Mia.

Lepas Subuh, dalam jam 6.15pagi, kitorang kuar rumah. Lepas aku mandi. Pakai baju lawa lawa. Make sure anak yang baru kuar tu tengok daddy dia dalam keadaan segak, tak selekeh huhu.

Jam 9.50 pagi .. nurse panggil soh masuk bilik, nervous, walaupun itu adalah my 2nd time. Maybe dulu ok je sebab time subuh huhu. Dan jam 10.10 pagi … seorang gadis sudah berjaya dilahirkan di dunia yang fana ini … Khadeeja Humaira Khairul Azrill …. nice name. Walaupun panjang, diharap kakak dia, Mia tak jeles sebab nama dia pendek je huhu.

Doa Daddy dan Mummy, semoga Khadeeja Humaira menjadi anak yang solehah, dan taat pada ibu bapa, semoga rajin belajar, semoga jadi pandai. Dan itu juga doa pada anak anak kami. Damia & Khadeeja Humaira … Love u all. Daddy bangga dapat tarikh lahir anak anak yang macam best je, Damia = 10.10.10 : 05.45 | Khadeeja Humaira = 12.01.12 : 10.10 huhu

p/s : sorry to Khadeeja Humaira, daddy lambat post cite pasal anda, sebab daddy anda sangat bz cat rumah huhu

Advertisements
October 10, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Happy Birthday To You My Darling

10.10.10 [ Ahad ]

Tarikh itu sangat mendebarkan. Pertarungan nyawa seorang ibu, untuk melahirkan seorang insan ke dunia.Seorang ibu yang dah bleeding sejak pagi Sabtu, perut keras sejak Khamis malam. Seorang bapa itu ? Sangat berdebar debar, nak make sure condition kedua duanya ok.

Kemudian, lahir seorang GADIS, bernama DAMIA. Comel + Tembam = Combam, itu la nama yang nurse kat Klinik Tan & Mano cakap, walaupun selepas itu, beliau tersipu sipu malu sambil terus keluar dari bilik cucuk tu. Aku … hanya gelak dalam hati, dalam kereta aku gelak keluar air mata haha, kelakar.

Perjalanan hidup GADISKU itu bermula pada 10.10.10 ( cantik kan number tu hehe ) jam 5:45 pagi, di Hospital Ampang. Anak membesar depan mata parent = priceless. Bertukar 3 nursery selama setahun.

Nursery pertama, sampai umur 4 bulan saja. Lokasi di Taman Saga, Ampang. Sebab owner rumah tu tetiba jual tanpa pengetahuan pemilik nursery tersebut. Tau tau notis nak masuk je, kejam giler huhu.

Nursery kedua, di Taman Ukay Bistari. Dekat, memang rilek. Tak penat, cepat, pantas. Lokasi ideal la kiranya. Tetapi, ngam² sebulan je. Sebabnya …. owner kena tangkap polis sebab rembat barang kemas, haha. Lagi satu masalah, cari nursery.

Nursery ketiga, di Lembah Keramat, AU5. Tempat aku tinggal time bujang dulu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar hehe. Start umur 6 bulan, dihantar ke sana. Alhamdulillah, sampai ke umur setahun. So far beliau serasi. Good girl.

Start meniarap since umur nak masuk 4 bulan, start merangkak since umur 5 bulan, start tumbuh gigi since umur 6 bulan, start berdiri since umur 10 bulan, start berjalan since umur 11 bulan, 2 minggu lepas raya. Sampai la sekarang, umur setahun, dia semakin laju. Good girl. Tapi rambut tak tumbuh lagi haha.

Tapi … priceless la lagi, anak anugerah & amanah yang tak terhingga, dari Allah, kepada hambanya. Kena jaga elok², semoga Damia menjadi anak yang solehah dan berguna.

Happy Birthday To Damia Khairul Azrill yang pertama. Semoga panjang umur, murah rezeki.

Daddy & Mummy Love Mia

April 20, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

Aku tak tujukan pada sesiapa pun, aku tujukan pada diri sendiri haha….

Lahir pada 20 April 1980, hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran yang ke 31, ermm ye, dah tua hehe. Alhamdulillah, masih ada nafas yang dapat di hirup. Masih ada udara dapat disedut.

Alhamdulillah jugak, Tuhan kurniakan family yang bahagia, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Hadiah bermakna dalam hidup, adalah Damia …

Tahun ni, tak beli lagi hadiah untuk diri sendiri, cuma belikan wife sebuah handphone nokia C3, tu pun sebab handphone dia rosak, beli sebab senang nak call …. handphone sendiri bila ntah nak beli hahaha

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, insya-Allah.

Sambut besday dengan kerja malam. Ada kerja alihkan rack server, kat opis haha, memang cool. Balik keje pukul 5 pagi, sampai UK Perdana pukul 6 pagi time azan subuh. Sambil kena ujan yang lebat huhu, sejuk giler. Sampai umah, mandi², solat subuh, gi Taman Saga sebab My Lovely Wife tido sana dengan Baby Mia. Ye la, kesian mereka dok sorang² kat umah ketika ketua keluarga gi mencari rezeki hehe.

Yang bestnye …. dalam pukul 730 pagi aku turun nak ke Taman Saga, ketika jalan turun tu jem kaw kaw dengan orang yang nak gi keje, tetiba motor mati plak. Damn !!!, dengan penuh rasa cool, berenti tepi. Start motor, idup … yes !!! masuk gear mati balik haha. Bukak tank, rupanya minyak kering .. damn u meter minyak, tipu aku. Sebab time kat umah meter ada separuh, bila dah motor mati, baru la meter tu tunjuk kat merah …. memang ciss .. ingat tak malu ke dok tepi jalan ramai mata memandang haha.

Then kena la tolak motor, nasib baik ada satu brader tu, naik kriss baru ( plet WVD ) menyapa, menghulurkan bantuan tolak motor ke Shell … haha terima kasih brader motor baru, semoga anda murah rezeki dan sihat sejahtera.

Sekian cerita sempena besday huhu

Mereka ni la yang memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih keras. Love u all

[ My Lovely wife and me at Aqiqah Khaleeda kat dengkil, Mia sape ntah amek time tu haha ]

[ Baby Mia kat dengkil gak ]

Credit to my Brother, Akmall yang shoot gambar ni.


Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

March 14, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Minggu Terima Kasih

Diam tak diam, baby Mia sudah 5 bulan, sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah, nampak perkembangan baby Mia depan mata.

Tapi musim batuk & selsema menyerang, mungkin akibat jangkitan dari nursery tu kot. Dekat 2 minggu, kesian tengok beliau batuk, sampai nangis².

Alhamdulillah juga, baby Mia telah selamat menjalani ibadah aqiqah ( baby Mia ke ? huhu ), hasil sponsor family mertua aku, merangkap family wife aku, merangkap Tok Bah & Omma baby Mia pada 11 March 2011. Terima kasih kepada mereka, settle gak seekor kambing huhu. Kebetulan pula, time tu adik ipar; Fatin bernikah. Tahniah juga kepada beliau, semoga Fatin & Aidil hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tarikh yang senang diingat, kerana pada hari itu juga Jepun dilanda gempa bumi yang super power. 8.9 skala Richter.

Terima kasih juga kepada Omma Mia, kerana telah sponsor baju kami suami isteri dengan cara membelikan kain untuk dibuat baju. Cool je pakai baju kolar bulat. Baru la macam orang Johor kekeke. Terima kasih juga Omma Mia, kerana sponsor 3 baju untuk baby Mia, satu baju untuk majlis Aqiqah, satu baju untuk majlis persandingan Fatin, dan satu baju untuk majlis bertandang ke rumah Aidil

Kerana perkahwinan Fatin tu la, kami sekeluarga tidak tido, menyiapkan bungkusan coklat huhu, sampaikan bekas coklat tu dah nampak 3, akibat mata yang super kuyu hoho. Tapi cool, walaupun rasa macam bekerja di kilang coklat, kami masih cool menyiapkan benda tu semua, dan akhirnya siap seperti yang dijangkakan.

Juga, terima kasih pada kawan² yang datang, makcik² yang datang, Tok Wan Mia yang datang ( ye la, dah aku gi amek Tok Wan Mia kat Sabak, soh jugak dia datang haha ), adik beradik aku merangkap mak ngah, pak ngah & paksu Mia yang datang juga. Juga sepupu aku, Zuhaini dan Fiza yang datang bawak kek, dengan ucapan, kek anda sedap, cool huhu.

Erm .. dah la, penat siot nak taip, upload gambar je la.

Mummy Mia & Baby Mia Ketika Majlis Aqiqah

Tok Wan Mia & Baby Mia Ketika Majlis Aqiqah

Group Photo Bersama Sepupu, Makcik² daddy Mia hehe

 

Baby Mia yang comel bersama baju yang disponsor oleh Omma Mia

 

Dalam stroller ketika majlis bertandang di Kg Sg Sering, baju sponsor lagi hehe

3 orang memakai baju sponsor jugak haha

One happy family, kredit to Paksu Mia yang shoot gambar ni

dah abis, nanti la update gambar lain plak

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

February 17, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Petang yang silau

Setiap hari keluar rumah di UK Perdana ketika matahari belum mengintai. Masuk kereta, sambil isap rokok di luar kereta sebab mana boleh bagi baby Mia kena asap rokok. Abis rokok, aku pijak pijak puntung rokok tu. Biasanya aku pijak dalam jarak 17cm dari tayar depan kereta Viva wife aku. Masuk dalam kereta, dah rasa sejuk, sebab wife aku pasang ekon. Biasa time ni, terdengar celoteh DJ Hot FM ( ye, aku suka dengar hot FM sebab agak cool huhu ). Bukak lampu, baca bismillah dan masuk gear satu ( kete manual hokey !!! ) terus gerak.

Sampai kat post guard, biasanya akan disapa dengan ayat ” Good Morning Boss !! ” oleh guard nepal yang bertugas, aku selalunya angkat tangan je untuk tunjuk yang kita hormat beliau. Ramai gak yang tak hormat security guard ni. Tak patut la, mereka dah susah-susah jaga keselamatan tempat tinggal pun diorang tak nak hormat. Aku bukannya pro-Nepal, aku tak pernah pun pegi Nepal, apatah lagi bertutur dalam bahasa Nepal. Tapi kena la appreciate mereka bersusah payah belajar bahasa Melayu. ( Ok … bukan nak cite pasal Nepal ).

Macam biasa, turun dari UK Perdana, akan jem start dari Bukit Antarabangsa sampai la ke MRR2, tak tau la kenapa. Apasal diorang tak nak gi keje naik motor ? Time time macam ni la aku rasa perlunya sistem jalan yang tersusun, daripada dok sibuk nak belanja buat bangunan 100 tingkat tu kan … kan kan hehe.

Dan seperti biasa juga, duduk la dalam kereta tu sampai matahari mengintai, memancar dan menyinari muka bumi sambil membekalkan vitamin E.

Biasanya juga, sampai depan De Palma Hotel arah ke Ampang, polis sudah tahan kereta nak ke Ampang supaya kereta yang ke arah KL dapat menggunakan jalan secara contra …. again, dok dalam kereta, tengok baby tido ( ye, biasanya beliau tido je that time ). Kalau dia tak tido, harus la mengajak beliau bergurau dalam kereta huhu.

Tapi beliau sakit mata today, kesian pada gadisku tu. Semoga baby cepat sembuh ye, jangkit dari daddy huhu.

Dan, macam biasa juga, sampai sekolah Mia dalam pukul 8 pagi. Pegi rumah mama amek motor, hantar Mummy Mia gi keje naik motor. Pastu pegi keje ke Cyberjaya. Dan …. macam biasa, sampai Cyberjaya dalam pukul 9 lebih kurang keh keh keh. Balik keje 5.30 petang, sharp, terus gi amek Mummy Mia, sampai opis mummy Mia around 6.15 petang, sampai sekolah Mia 6.40 petang. Balik umah mama, lepas Maghrib baru gerak balik UK Perdana ( around 8 malam ), sampai rumah pukul 8.30 malam paling awal. Perghhh …. giler ahh haha

Tapi semalam, sedang tunggu Mummy Mia yang macam lambat je nak balik, sambil mencuci mata yang pedih ( huhu ), tertarik dengan satu pandangan. Seorang gadis berjalan, maybe nak ke LRT Station di Ampang Park, patah balik menuju ke kedai makan. Dalam fikiran aku, owhh maybe dia terlupa nak tapau makanan untuk dibawa pulang. So, aku pun rilek lagi, isap rokok, Nampak gadis tu keluar dari kedai makan tu, membawa sebungkus makanan yang tidak dikenal pasti dalam bekas polisterin yang mengancam bumi itu, menuju ke arah laluan pejalan kaki. Kemudian, gadis itu berdiri, sambil meletakkan bungkus makanan tu di bawah, dan kemudian, aku nampak seekor kucing berbulu putih yang agak kurus datang ke arah gadis itu.

Wah … rupanya gadis tu pegi kedai makan untuk beli makanan untuk kucing terbiar tu. Mulia sungguh hatinya, gadis tu bukak bungkusan makanan tu, dan usap-usap bulu kucing tu. Kucing tu makan Nasik Goreng Ayam tersebut dengan penuh selera, dan gadis tu pun tinggalkan kucing itu menjamu selera. Tertarik aku dengan situasi tersebut, sayang .. tak bawak camera untuk merakam detik indah tu huhu…..

Kepada gadis tersebut, saya mendoakan anda semoga dimurahkan rezeki kerana berbuat baik sesama makhluk. Semoga dengan RM6.50 dibelanjakan untuk Nasik Goreng Ayam untuk kucing itu dibalas berlipat kali ganda ….. Amin …..

Dan seperti biasa, tajuk takde kena mengena dengan kisah ini kerana petang semalam cuaca mendung, kurang silau huhu

Ni pula, gambar baby Mia yang berumur 4 bulan time ni hehe

Baby Mia & Daddy Mia sedang menjadi ” Camera Freak ” huhu

Baby Mia & Mummy Mia beraksi pula

Dan akhirnya, One Happy Family !!!

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

January 19, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Angin Menghembus Nyaman

Ehem …

Tajuk di atas takde kena mengena dengan entry untuk kali ni haha, saje je, rasa tak tau nak taip apa tajuk dia. Baru lepas tengok² gambar baby Mia yang dah di shoot beberapa lama, tapi tak sempat nak buat apa² pun dengan gambar beliau. Daddy Mia adalah seorang daddy yang agak busy sekarang ni.

Ye la … bangun seawal 6 pagi [ ermm lebih tepat 630 pagi, sebab Mummy Mia kejutkan pukul 6, tapi daddy Mia nak tido sikit je lagi hehe ], siap², before 7 pagi nak kena kuar umah untuk hantar baby Mia gi sekolah kat Taman Saga. Kalau lewat 5 minit, memang jem tak hengat punya. Sampai Taman Saga, Daddy gi umah Omma Mia plak, amek motor. Hantar plak Mummy Mia gi opis secara rempit. Pastu, turn Daddy Mia plak gi opis. Dan sesungguhnya, hari ini [ 19 January 2011 ] adalah hari yang bersejarah kerana Daddy Mia sampai awal sikit ke opis [ punch card pukul 835 pagi haha ]. Sejak 2011, Daddy Mia asyik sampai opis paling awal pukul 9 pagi keh keh keh ]. Tapi takpe, semua untuk Mia huhu.

1st Januari ari tu, Mia dah botak kepala. Kasi cukup abis , macam comel la pulak tengok hehe. So, Daddy Mia pun temankan Mia botak jugak. Maka, ada 2 budak botak di rumah ni. Mummy Mia tak nak botak, apasal ntah. Tak sporting la kan ….

Ok la, cukup² la, tak leh taip panjang². Huhu

Mari kita tengok gambar baby Mia hehe




[ 2 budak botak hehe ]

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge

January 10, 2011 / Azrill a.k.a Puding

Happy Besday Gadisku; Baby Mia Yang ke 3 bulan keke

Today … [ 10 Jan 2011 ], baby Mia turn to 3 months old. Yeah … rasa macam minggu lepas je baby Mia baru dilahirkan. Cepat masa berlalu …

 

Semalam, baby Mia pegi injection kat Klinik Ma’amor [ sebab klinik Tan & Mano Bukit Antarabangsa habis stok ubat tu katanya huhu ]. Memang kebetulan nak ke ampang pun semalam sebab daddy Mia nak gi amek custom album yang dah siap tu kat KL, so perlukan motor untuk ke KL. Baby Mia is such a super-girl, tak nanges pun kena cucuk, rilek je walaupun masuk klinik je dia terus berak haha.

Berat baby Mia semalam, 6.65kg keh keh keh, Mummy Mia pelik nape baby Mia tak 8kg !!!, haha sape nak dukung baby ?

Semoga baby Mia sentiasa sihat dan dirahmati Allah … love u baby Mia from both of us [ Mummy & Daddy ]. Baby Mia umur 3 bulan, beliau sudah pendai gelak, even kita tersedak pun dia gelakkan, membuatkan daddy rasa rindu time kat opis, bikin panas je la baby Mia huhu

 

Cayang baby Mia !!!

[ gambar di bawah adalah gambar baby Mia berumur 5 hari, time ni berat dia masih 3.35kg sahaja hehe ]

[ harapnya, lepas ni dapat mengumpul gambar baby Mia yang banyak tu untuk di masukkan dalam ni hehe ]

Azrill a.k.a Puding - View my most interesting photos on Flickriver

Khairul Azrill Khalid | Create Your Badge